Insurans Kereta
Sepertimana yang kita tahu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mewajibkan semua pemilik kenderaan untuk memiliki LKM yang juga disebut sebagai "roadtax" atau cukai jalan kenderaan digunakan di atas jalan raya. Setiap pemilik kenderaan wajib memperbaharui insurans & roadtax atau cukai jalan sebelum capai tarikh luput kenderaan tersebut.
Pemilik kenderaan juga digalakkan memperbaharui insurans kereta dan motosikal serta "roadtax" bertarikh dua bulan sebelum tarikh tamat tempoh. Ada 3 jenis perlindungan insurans kereta yang terdapat dalam pasaran Malaysia.
Jenis Perlindungan Insurans Kereta
1. Insurans Kereta Komprehensif (1st Party)
Insurans kereta komprehensif juga selalunya dikenali sebagai insurans pihak pertama (1st party) dimana jenis perlindungan insurance yang sediakan perlindungan paling menyeluruh(all in).
Syarikat insurans kereta akan memberi perlindungan kepada anda termasuk jika berlaku kemalangan, kecurian, kebakaran. Selain itu, pihak insurans juga akan membayar perlindungan jika berlaku kemalangan terhadap kenderaan anda dan juga pihak yang anda langgar. Polisi ini sesuai untuk kenderaan berumur 10 tahun ke bawah.
2. Insurans Kereta Pihak ketiga, kecurian & kebakaran
Insurans kereta kedua ni (insurance kereta pihak ketiga, kecurian & kebakaran) bantu bagi perlindungan jika berlaku kebakaran atau kecuaian pada kenderaan anda (tanpa sengaja). Jika berlaku kemalangan (anda adalah pesalah), pemilik kenderaan (anda) perlu membaiki kereta sendiri, namun kereta yang dilanggar anda akan dilindungi oleh pihak insurans anda.
3. Insurans Kereta Pihak Ketiga (3rd Party)
Insurans yang terakhir yang paling asas "basic". Jenis insurance kereta pihak ke-3 (3 Party) Hanya beri perlindungan kepada pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan sahaja. Tetapi pelanggan tidak akan mendapat sebarang perlindungan jika berlaku kemalangan (seorang diri- tanpa melibatkan kenderaan lain), kecurian mahupun kebakaran. Situasi dan kadar perlindungan yang diberikan juga bergantung kepada kelulusan pihak insurans.
Ni serba sedikit berkenaan dengan jenis kenderaan jenis motokar ataupun kereta. Sebarang info atau quoatation untuk memperbaharui roadtax boleh terus hubungi kami di Kedai Roadtax dengan tekan butang whatssapp di bawah ataupun tekan butang call dibawah.
Comments
Post a Comment